NASI LEMAK
BAHAN-BAHAN NASI:
1 kg beras (cadangan beras jenis AAA)
5 cawan santan
3 helai daun pandan
3 keping hirisan halia
3 biji bawang merah (dihiris halus)
garam secukup rasa
sedikit gula (jika suka)
CARA PENYEDIAAN NASI:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
2. Kacau rata bila nasi kering.
3. Jika ingin menambah aroma kelazatan nasi lemak, boleh diperap di dalam
bungkusan daun pisang yg telah dibersihkan dan dilap kering.
BAHAN-BAHAN SAMBAL:
2 cawan ikan bilis
20 tangkai cili kering (dikisar halus)
3 labu bawang besar (dikisar halus)
sedikit belacan (dikisar halus)
2 labu bawang besar (dihiris kasar)
1 sudu teh gula pasir
3 sudu minyak masak
garam&gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN SAMBAL:
1. Tumis bahan yg dikisar hingga wangi.
2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam, gula dan bawang besar yg dihiris.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dgn api perlahan. Perasakan garam & gula secukup rasa.
4. Boleh dihidangkan bila pecah minyak.
Blog resepi masakan ini memaparkan aneka juadah yang sesuai dijadikan hidangan seharian, semasa berbuka, bersahur, juadah hari raya,majlis-majlis dan sebagainya. Sangat senang aje disediakan kerana menggunakan bahan murah, mudah, senang dan berkhasiat yang boleh diperolehi di pasar tani, pasar malam dan pasar biasa. Terdapat pelbagai resepi untuk dikongsi bersama. Semoga blog ini dijadikan teman rujukan anda ketika di dapur. Selamat mencuba dan senang aje !!!
Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts
Thursday, 27 August 2015
Nasi Goreng Tomyam
NASI GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
6 cawan nasi sejuk
100 gram udang (buang kulit)
100 gram sotong (potong kecil)
100 gram isi ayam (dihiris nipis)
100 gram lobak merah (potong dadu)
100 gram kubis (potong kecil)
2 biji telur
3 tangkai daun ketumbar
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR:
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu udang kering
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lobak merah. Kacau rata hingga masak
3. Masukkan udang, sotong, kubis dan garam. Kacau sekali lg.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan gaulkan semua bahan.
6. Rasakan masinnya dan tabur daun ketumbar.
7. Kacau rata sebentar dan siap dihidangkan. Memang senang aje.

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
NASI
GORENG KAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
4 cawan nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin (digoreng)
300 gram kailan (dipotong kecil)
1 sudu sos ikan
1 pokok daun bawang
2 sudu minyak masak
BAHAN DITUMBUK:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumiskan bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan, kailan dan sos ikan. Gaul rata.
3. Taburkan ikan tenggiri masin. Gaul sekali lagi.
4. Tabur daun bawang untuk dihidangkan.
Nasi Goreng Cina
NASI
GORENG CINA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 biji telur
100 gram udang
1 pokok daun bawang (potong pendek)
100 gram kubis (hiris halus)
100 gram kacang panjang (potong pendek)
100 gram lobak merah (potong kecil)
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
2 sudu minyak masakgaram secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi
2. Masukkan telur dan biar sebentar separuh masak
3. Kacau telur hingga hancur sedikit
4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah dan udang. Kacau hingga rata
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau sekali lagi hingga rata. Tabur daun bawang. Tutup api. Sedia untuk dihidang, senang aje kan..?

Nasi Daging
NASI DAGING
BAHAN-BAHAN
1 kg daging (potong ikut suka dan rebus dgn halia hingga lembut)
6 cawan beras brasmati
7 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
3 sudu minyak sapi
3 biji tomato
2 sudu kismis
3 sudu rempah kurma (bancuh dgn air sedikit)
2 sudu daun pandan (disimpul)
gula dan garam secukup rasa
BAHAN UNTUK MENUMIS
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia (hiris halus)
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik (guna periuk dapur biasa pun boleh). Tumis bahan menumis
2. Masukkan rempah kurma yg sudah dibancuh dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair dan daging. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
5. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya dan biarkan nasi masak seperti biasa. sedia untuk dihidangkan. Senang aje.

Nasi Goreng Pattaya
NASI
GORENG PATTAYA
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
1/2 cawan isi ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah ditumbuk kasar
3 biji cili api diketuk
1 urat kacang panjang dihiris halus
1/2 batang karot dipotong halus
3 ekor udang harimau dibersihkan
1/4 kiub ikan bilis Knorr
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 biji telur
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng isi ayam hingga wangi dan keperangan.
2. Jangan angkat ayam, terus masukkan bawang dan cili padi. Goreng lagi hingga wangi.
3. Masukkan udang dan sayuran. Tambah 1/4 cawan air dan biar mendidih hingga sayur layu.
4. Masukkan 1/4 kiub ikan bilis, garam dan telur. Kacau sedikit. Masukkan telur,biar 1 minit baru dikacau. Masukkan nasi dan serbuk lada putih. Kacau rata nasi.
5. Rasa nasi goreng, jika belum cukup masin, tambahkan garam dan gaul lagi hingga sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
6. Jika ingin membuat nasi pattaya, gunakan kaedah sama seperti membuat telur bungkus..Formulanya, 3 biji telur untuk 2 hidangan nasi pattaya.
Untuk Telur Dadar :
1. Pukul telur dengan sedikit garam. Kalau nak telur lebih berlemak, masukkan secubit butter ke dalam telur.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan telur tadi (Pastikan guna api dapur yang kecil)
4. Pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar yang sederhana nipis.
5. Bila telur sudah masak, angkat telur dan letakkan ke dalam pinggan besar. Letakkan nasi goreng tadi di tengah-tengah telur dan lipatkan.
6. Ambil satu lagi pinggan dan tekapkan telur tadi.
Lepas tu bolehlah decorade nasi goreng pattaya yang dah siap ikut tahap kerajinan masing-masing.
Senang Aje. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)