Labels

Friday, 28 August 2015

Sambal Gesek


SAMBAL GESEK

BAHAN-BAHAN

5 biji cili merah
10 biji cili api
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis
5 biji limau kasturi
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1. Basuh dan rendam ikan bilis dengan air panas hingga lembut.
2. Tumbuk cili merah dan cili api sehingga hancur.
3. Masukkan garam, bawang merah dan bawang putih. Tumbuk sekali lg.
4. Masukkan ikan bilis dan tumbuk hingga hancur.
5. Perah limau kasturi semasa dihidangkan.
Resepi sambal ini senang aje. Diyakini sedap dan  menyelerakan.

Thursday, 27 August 2015

Nasi Lemak

NASI LEMAK
 

BAHAN-BAHAN NASI:
1 kg beras (cadangan beras jenis AAA)
5 cawan santan
3 helai daun pandan
3 keping hirisan halia
3 biji bawang merah (dihiris halus)
garam secukup rasa
sedikit gula (jika suka)

CARA PENYEDIAAN NASI:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
2. Kacau rata bila nasi kering.
3. Jika ingin menambah aroma kelazatan nasi lemak, boleh diperap di dalam bungkusan daun pisang yg telah dibersihkan dan dilap kering.

BAHAN-BAHAN SAMBAL:
2 cawan ikan bilis
20 tangkai cili kering (dikisar halus)
3 labu bawang besar (dikisar halus)
sedikit belacan (dikisar halus)
2 labu bawang besar (dihiris kasar)
1 sudu teh gula pasir
3 sudu minyak masak
garam&gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SAMBAL:
1. Tumis bahan yg dikisar hingga wangi.
2. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam, gula dan bawang besar yg dihiris.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dgn api perlahan. Perasakan garam & gula secukup rasa.
4. Boleh dihidangkan bila pecah minyak.


Nasi Goreng Tomyam

NASI GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
6 cawan nasi sejuk
100 gram udang (buang kulit)
100 gram sotong (potong kecil)
100 gram isi ayam (dihiris nipis)
100 gram lobak merah (potong dadu)
100 gram kubis (potong kecil)
2 biji telur
3 tangkai daun ketumbar
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR:
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu udang kering

CARA PENYEDIAAN:
1. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lobak merah. Kacau rata hingga masak
3. Masukkan udang, sotong, kubis dan garam. Kacau sekali lg.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan gaulkan semua bahan.
6. Rasakan masinnya dan tabur daun ketumbar.
7. Kacau rata sebentar dan siap dihidangkan. Memang senang aje.

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin


NASI GORENG KAILAN IKAN MASIN
 
 


BAHAN-BAHAN:
4 cawan nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin (digoreng)
300 gram kailan (dipotong kecil)
1 sudu sos ikan
1 pokok daun bawang
2 sudu minyak masak

BAHAN DITUMBUK:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:
1. Tumiskan bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan, kailan dan sos ikan. Gaul rata.
3. Taburkan ikan tenggiri masin. Gaul sekali lagi.
4. Tabur daun bawang untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Cina


NASI GORENG CINA



BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 biji telur
100 gram udang
1 pokok daun bawang (potong pendek)
100 gram kubis (hiris halus)
100 gram kacang panjang (potong pendek)
100 gram lobak merah (potong kecil)
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
2 sudu minyak masak
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi
2. Masukkan telur dan biar sebentar separuh masak
3. Kacau telur hingga hancur sedikit
4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah dan udang. Kacau hingga rata
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau sekali lagi hingga rata. Tabur daun bawang. Tutup api. Sedia untuk dihidang, senang aje kan..?

Nasi Daging

NASI DAGING


BAHAN-BAHAN
1 kg daging (potong ikut suka dan rebus dgn halia hingga lembut)
6 cawan beras brasmati
7 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
3 sudu minyak sapi
3 biji tomato
2 sudu kismis
3 sudu rempah kurma (bancuh dgn air sedikit)
2 sudu daun pandan (disimpul)
gula dan garam secukup rasa

BAHAN UNTUK MENUMIS
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia (hiris halus)

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik (guna periuk dapur biasa pun boleh). Tumis bahan menumis
2. Masukkan rempah kurma yg sudah dibancuh dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair dan daging. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
5. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya dan biarkan nasi masak seperti biasa. sedia untuk dihidangkan. Senang aje.

Telur Bungkus

TELUR BUNGKUS
 
 
Resepi Telur Bahan-bahan : - 2 biji telur
- 1 genggam lebih isi ayam/ daging kisar
* jika gunakan daging burger, gunakan 1 keping sahaja (hancur-hancurkan)
- sedikit mix veggie (optional)
- 1/2 labu bawang besar (potong dadu kecil-kecil)
- 1 ulas bawang putih (cincang halus)
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara :
Untuk inti :
1. Perasakan ayam/ daging kisar dengan sedikit lada sulah dan garam dan ketepikan sebentar.
2. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
3. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang besar, biarkan sampai layu.
4 .Masukkan pula isi ayam/ daging kisar/ daging burger dan biarkan sampai masak sekata.
5. Lepas itu masukkan pula mix vege dan biarkan dalam 1 minit.
6. Kemudian masukkan semua sos dan kacau-kacau sampai rata.
7. Kalau inti terlalu kering, masukkan 3-4 sudu besar air ke dalam kuali.
8. Ketepikan dulu inti yang sudah siap.

Untuk Telur Dadar :
1. Pukul telur dengan sedikit garam. Kalau nak telur lebih berlemak, masukkan secubit butter ke dalam telur.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan telur tadi (Pastikan guna api dapur yang kecil)
4. Pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar yang sederhana nipis.
5. Bila telur sudah masak, angkat telur dan letakkan ke dalam pinggan besar. letakkan inti tadi di tengah-tengah telur dan lipatkan.
6. Ambil satu lagi pinggan dan tekapkan telur tadi.
Lepas tu bolehlah decorade telur dadar yang dah siap ikut tahap kerajinan masing-masing.
 
Senang Aje..